Monday, 29 February 2016

RABBANIAH (KETUHANAN)

Rabbaniah atau ketuhanan bermaksud segala hukum, konsep, nilai dan peraturan yang terdapat di dalam Islam adalah ditetapkan dan diwahyukan oleh Allah s.w.t. Ia bukanlah hasil pemikiran dan ciptaan manusia. Peranan manusia hanyalah sekadar memahami, memperkembangkan dan melaksanakannya dalam kehidupan mereka. Manusia, walau setinggi mana pun kedudukannya, tiada hak untuk campur tangan dalam urusan ketuhanan seperti penentuan hukum haram, halal, dosa, pahala, nilai baik, buruk, jahat dan sebagainya. Peranan manusia dalam hal ini hanyalah untuk mengkaji dan mengenal pasti hukum Allah dalam sesuatu perkara. Kemudian, setelah jelas kepada mereka tentang hukum tersebut maka mereka perlu melaksanakannya dalam kehidupan.
Ciri-ciri rabbani ini dinyatakan oleh Allah s.w.t. pada banyak tempat di dalam al-Qur’an. Antaranya, firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
Sesungguhnya Kami telah turunkan kepada kamu kitab (al-Qur’an) dengan kebenaran, maka taatlah kepada Allah dengan penuh keikhlasan kepada-Nya, ingatlah bahawa agama yang bersih (benar) itu adalah milik Allah.
(Surah al-Zumar: 2 – 3)


No comments:

Post a Comment