Islam adalah satu sistem kehidupan yang
lengkap dan teratur. Syariat Islam adalah daripada Allah SWT. Ia umpama sebuah
jalan yang melorongkan sesiapa sahaja yang melaluinya ke jalan kebahagiaan yang
sejati dan sebenar-benarnya.
Dengan kata lain, jalan kebahagiaan itu
sudah terbentang lurus di hadapan, namun persoalan kenapa kita masih memilih
jalan kesengsaraan yang bersimpang siur.
Firman Allah: Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, kami jadikan (tetapkan)
suatu Syariat dan jalan agama (yang wajib diikuti). (al-Maidah: 48)
Demikian juga dengan sistem ekonomi Islam.
Ia lahir melalui wahyu Allah iaitu al-Quran dan sunnah Nabi SAW. Allah Yang
Maha Mengetahui dan Maha Kaya dengan segala kekuasaan, maka sebarang syariat
yang datang daripada-Nya juga adalah yang terbaik.
Inilah keyakinan yang perlu ada dalam diri
setiap umat Islam. Mempertikaikan syariat Islam bermakna kita meragui syariat
yang datang daripada Allah.
No comments:
Post a Comment